Skip to main content

Kesimpulan Isnin dan Selasa

hari ni baru ada kesempatan singgah catat NSA.. isnin tak boleh catat disebabkan aku tak mahu momentum kerja hari ahad tergendala dengan pelayaran di internet...sesat karang!
padahal isnin aku ingin mengadu bagaimana morning talk yang aku sampaikan sedikit cacat melihat dua orang senior buat muka bodoh... lebih2 lagi morning talk aku bertajuk kemahiran mendengar... dah confirm diorang tak dengar talk aku ni...hampeh betul dan bengang juga la c Irman dibuatnya...

semalam pun begitu juga, ada kisah kasut saiz 10 (nasib baik tak terjadi di ofis aku)... juga kerusi panas jawatan jurulatih bolasepak negara yang kekal disandang oleh B.Sathianathan ... tahniah la coach atas pengekalan tersebut...cuma yang tak tahan ianya disampaikan / diumumkan oleh orang yang terang-terangan akan melucutkan jawatan BS ni... walaubagaimanapun tindakan ini yang terbaik pernah dilakukan oleh FAM setakat ini... adapun kejanggalan dengan penubuhan panel penilai (aku pun kurang mendengar juga) yang akan menilai prestasi adalah sesuatu yang tidak perlu kecuali kita hendak membazirkan duit mencipta jawatan dan menggaji badan yang pada pendapat aku tidak bermanfaat...

tapi itu kesimpulan dua hari aku tidak mencatit NSA ...dan semalam juga aku pegi Kota Belud untuk melihat dokumentasi dari kawasan ini.. hasil dapatan amat memberangsangkan dan nampak mereka bersungguh-sungguh untuk mencapai pengiktirafan...tahniah la...

dan satu lagi, penurunan harga minyak sepuluh sen lagi... kata mazidul, kita tak bising pula harga turun... siapa kata kita tak bising? dia saja yang nak bodek kerajaan... yalah orang media macam diorang ni senang dapat publisiti free (bukan murahan lagi)... kita pun tau juga bila dah turun, kita syukur juga...tak percaya tengok la entri sebelum ni... cuma aku tekankan sekali lagi, kalau dah turun sampai 1.50 lagi la baik...hehehe

ni bukan soal diberi betis nak paha...
tapi kerajaan perlu membuat sedemikian kerana harus diambil kira, minyak masak, tepung dan beras tidak turun gara2 kenaikan mendadak satu ketika dulu.. itupun dari kerajaan juga... jadi apakah kerajaan dapat mengembalikan harga beras yang dulunya boleh dibeli dengan harga rm18 untuk 10kg tapi sekrang ni 5kg pun harga beras rm13! tepung dulu harga 1.70 tapi sekarang masih juga tak turun2 dengan harga 2.50( secara kasar)... itu baru benda basah yang jelas kelihatan dan nampak kita masih belum berkurang beban yang ditanggung... tak masuk lagi makan tengahari di kedai2... tapi seperti biasa mereka tidak pernah merasa bersalah apalagi untuk mengaku kesalahan itu...

Nota Suara Aku berhenti di sini untuk tajuk ni...insyaAllah ada ruang dan ketika aku buka bab lain pula... tak kurang nak ulas pasal separuh akhir muzik2 jumaat lepas..tapi itu semua nanti la.. adios!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!