Skip to main content

Hijrah episod III- Menjana Ummah Gemilang

Menjana ummah gemilang. Itu tema yang digunakan untuk membangkitkan semangat menuju ke tahun baru Islam 1430H. mesej yang terkandung di dalam iklan tv kerajaan ni ialah tempat perhimpunan peringkat kebangsaan diadakan iaitu di putrajaya, pada 29 disember 2008 bersamaan 1 Muharram 1430H dengan iringan potret2 orang berbaju melayu, bersongkok, berbaju kurung dan bertudung sedondon berarak dengan sepanduk bertulis ayat2 alquran dan sabda2 nabi yang berkaitan dengan Hijrah ataupun untuk menang pertandingan sepanduk, ayat2 yang dipilih oleh mereka bertepatan dengan tema maal hijrah siap dengan tulisan yang berkilat yang kadang2 silau oleh tempias cahaya matahari.

Dalam bulan terakhir menuju ke tahun baru Islam juga, para panel sibuk memilih siapakah yang layak untuk dipilih sebagai tokoh maal hijrah? Skop pemilihan mestilah terkenal dan boleh menjadi ikon seperti ikon muzik ka, ikon angkasa ka, ikon agama dan macam2 ikon lagi. Dan paling penting mestilah patuh dan tunduk dengan perintah pemertintah!

Kita gagal dalam mencuri perhatian anak bangsa untuk mendalami sejarah perjuangan Nabi berhijrah. Di mana puak yang memperjuangkan agama dan bergerak atas nama agama? Bila timbul masalah yang bersangkut-paut dengan agama dan sensitiviti, huha huha diorang la yang di depan. Tapi mereka tidak pernah berbuat apa2 untuk memberitahu dan mengkhabarkan kepada seisi alam perkara2 sensitif ini. Lebih teruk daripada itu, kita berpecah dan bergaduh padahal yang dibicarakan itu hal agama yang jelas dalam alquran. Bangga dengan pendirian siap sindiran lagi. Kaum lain tidak perlu menyampuk atau memberi pandangan mereka kerana tahu dilindungi dan tidak akan terjejas.

Kita juga gagal dalam mengajak anak bangsa dengan program2 agama kerana pendekatan dan fenomena yang dicetuskan tidak sesedar tsunami dan sesegar tanah runtuh. Senaraikan rancangan dan program agama yang diterbitkan oleh stesen tv selaku penghantar dan medium maklumat. Yang aku ingat hanya Forum Perdana Ehwal Islam yang terpaksa disaingi oleh Puaka Niyang Rapik / Kekasihku Seru. Rancangan al-Kuliyyah disiarkan di ceruk2 kesibukan kita baru bergerak dari pejabat. Tidak banyak kenderaan mempunyai skrin tv di kereta, kalaupun ada bukan untuk menonton rancangan ini…tak sesuai! Sampai di rumah, penghantar pun ucap assalammualaikum wbt…sempatlah aku tengok videoklip lagu2 nasyid…ok la tu!

Rancangan ini tidak pernah mendapat tempat yang pertama di hati penerbit dan pengusaha2 kelab perantara maklumat. Satu lagi yang aku ingat pun, satu rancangan di tv9 yang disiarkan hari Isnin malam Selasa kalau tak silap, tapi maaf tv ini tidak disiarkan di Sabah… kena subscribe la dari siaran tv berbayar…akhirnya tv789 pun bukan percuma! Hebatnya lagi, ada program agama disiarkan waktu tengahari Jumaat..macam tak da pengalaman pula! Siapa yang tengok? Suri2 rumah boleh la. Alhidayah dan Khutbah Jumaat( ni mungkin tidak dapat dielak kerana siaran langsung dari masjid negara, tapi takkan tak boleh elak siar tengah malam lepas pukul12!)agak2 la ba! Harap kan rancangan agama pagi buta jam6, siapa tengok? Aku tengok la sementara menunggu air suam2 kuku untuk mandi.

NSA merasakan semua taikon2 tv ni majoritinya melayu dan Islam tapi aura2 tu tidak kelihatan kecuali rancangan2 hiburan… bukan tak best dan bukan aku tak tengok dan bukan tak suka tengok, tapi seminggu sekali apa salahnya selitkanlah pada waktu puncak jam9 malam rancangan agama yang menarik dan segar bugar (korban sikit rugi kekurangan penonton). Agar hati yang gelap boleh dicuci sedikit…

Bak kata member aku, pakcik ni memang suka ulang2 apa yang pakcik cakap, sebab kalau sekali dua memang tak dengar, mana la tau ulangan kali ke300 baru kamu dengar (itupun kalau dengar)…takbir Allahu Akbar!

Comments

arsaili said…
salam..pejam celik..begitu cepat masa berlalu....

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!