Skip to main content

JADUAL NOTA SUARA AKU


Aku rasa dalam minggu ada yang nda kena ja..selalunya aku ada idea untuk menulis sesuatu dlam NSA ni. tapi minggu ni aku rasa semua nota yang aku tulis macam sampah ja....tapi lebih baik aku catatkan perjalanan aku setiap hari untuk simpanan hari esok...

Bangun subuh.....buka tingkap, supaya rezeki masuk....baca Quran surah al-waqiah.....kadang2 luqman, sajadah ataupun jum'ah...buka komputer....dengar lagu2 slow...klu sekarang ni dengar lagu Clay Aiken ataupun Kelly Clarkson.....kalau mengantuk.....tidur balik sebab tiada kelas pagi...

Bangun mungkin kul10 atau 11...tapi bukan kul12....buka komputer balik, tengok videoklip Blackeyedpeas pula....sambil menghafal....mandi....keluar untuk sedia pg kuliah kul2....makan lepas kuliah....kelas lagi kul4....kul5 pg cc kemaskini blog aku pula.....

Malam.....selalunya klu aku nda pg cc, aku balik kolej kul5 utk tidur.....kan ni hobi utama aku....sebelum tidur, aku kena pastikan jadual untuk malam...sebab malam adalah hari untuk aku luangkan masa dengan tv.....

Jadual tv aku untuk minggu....ahad...mesti lah apprentice, tapi sebelum tu tengok Debat Perdana, lebih2 lagi isu 2-3 minggu ni pasal Rukunegara...isnin...tiada siaran yang menarik...selasa, mestilah natasya....rabu, Jack dan Bobby...khamis, kalau sempat tengok Ehwal Perdana, tambah ilmu agama kan penting....JUmaat, ada American Idol dan juga Survivor, pastinya Mandisa dan Kevin pilihan aku....Sabtu....luangkan masa pg kpz.....

Lepas tengok tv..aku tidur balik kul 1 atau 2 atau kalau ada game kul3/4 baru tidur....

Itulah jadual harian aku selalunya untuk masa yg terdekat ni....tapi yg pasti lepas habis belajar, memang keadaan macam ni tidak dapat dirasai lagi mungkin....

Nota Suara Aku seperti biasa dihujung minggu mengucapkan selamat berhujung minggu....

Comments

Abah Mui'zz said…
Abah minat juga dengan cerita natasha tu, tapi bila makin lama tengok, makin naik bosan la pulak. Agaknya sebab terkejut tengok natasha kat dalam tv dgn natasha kat luar tv yang banyak bezanya.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!