Skip to main content

Ambil Berkat!


sepatutnya minggu ni balik kampung, memandangkan hari jumat lepas baru balik dari kerja luar, aku malas nak balik pula... mujur la ada member temankan kesunyian diri... segak tak pengantin ni? ni bukan gambar aku... gambar member sekolah dulu...majlis sanding dia berlangsung pada 20-12-08...

lihatlah betapa baiknya aku ni, sanggup datang dari jauh demi memeriahkan majlis kawin member... tapi tak memeriahkan pun, dah datang lewat... majlis sepatutnya kul 12 tapi aku datang dah dekat pukul2... bukan dekat beaufort tu dari kk... ditambah pemandu berhemah macam aku ni lagilah cepat sampai ke kampung dia... ni pemandu tak berhemah juga ni, dah tau ada speed trap...kenalah hemah kalau tak nak sedekah dekat trafik...hehe



bila dah jumpa kawan2 mesti la paling utama, sesi mengimbas kenangan lalu... termasuklah kesan bila dah kawen...mesti ramai la gadis2 yang tersiksa melihat kawan aku ni dah kawen... walaupun tak sempat bergambar di pelamin,demi mengambil berkat jodoh, aku ambil juga la di meja makan....tapi bila bergambar dengan pengantin, rasanya macam aku pula raja sehari...betul ni!
NSA sebentar lagi akan berangkat ke poring untuk mencari keseronokan diri, tapi member aku ni liat betul nak bangun... kata nak bangun awal la, pegi awal la...terajang sekali baru tau...adios!

Comments

Anonymous said…
Man... Tak lama lagi dapatlah berkatnya tu hehehe. Paling berkat belajar jadi pengapit hehehe

Ps: kawan tu curahkan air aja, lagi banyak lagi bagus hehehe

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...