Skip to main content

Jahat Untuk Baik

debaran hari ni semasa datang kerja berakhir dgn baik.. mungkin doa tadi pagi dimakbulkan supaya aku selamat dari dimarah bos, kerja yang di berikan sempat siap sebelum dia panggil ke biliknya...

semalam balik kk dari sandakan mengambil masa yang agak panjang juga la, di antara ranau dan kundasang terdapat runtuhan kecil yang menyebabkan jalan kedua2 hala tersangkut dalam sejam lebih juga la. yang pasti kesabaran ada batasnya. bila mengeluh saja terus kakak tegur, sabar ja la.. ni pun kira hijrah juga ni... sedang Nabi pun katanya, bersabar semasa berhijrah ni kan pula kita tak bole bersabar menunggu, bukannya nak guna tenaga untuk berjalan ataupun berlari, jauh sekali untuk berdiri di tengah panas terik... nasib baik juga la keadaan di ranau-kundasang ni agak sejuk dan dingin...

dan dalam perjalanan balik, emosi aku terganggu oleh bunyi dan gelagat yang menyakitkan hati.. tidak perlu dinyatakan di sini, takut2 ada terasa hati...

untuk mententeramkan hati yang masih lagi bergejolak ni, aku ingin memetik kata2 seorang bos di ofis aku ni, katanya

"Saya jadi jahat supaya kamu jadi baik"

Aku setuju dengan katanya, walaupun ayat tu bukan ditujukan untuk aku, tapi aku sependapat dengannya. aku teringat masa aku masih di sekolah dulu. Aku sentiasa ingat masa buat survey di surau siapa senior paling jahat dan baik di sekolah bagi diorang.. dan jawapan yang diperolehi masa tu sangat mengejutkan.. aku di undi untuk berada di ranking pertama senior paling jahat!

aku bukannya mendera diorang pun, suruh ambil air panas pun tak larat / malas, tapi kenapa dipilih paling jahat? bila diselidiki manusia yang suka mengambil tahu hal orang lain, atau membawa kepada perkara yang baik selalunya akan dilabel sebagai suka menjaga tepi kain orang, dan akhirnya jahat dipandangan mata diorang... sedangkan kita cuma mahukan diorang menjadi baik..

bila aku ajukan perkara ni kepada sorang junior aku, dia cakap hidup kita tentukan sendiri, tidak perlu bantuan dan telunjuk orang lain untuk membentuk mereka.. ini sesuatu yang harus disedari oleh kita semua. Budak2 perlu diberikan tunjuk ajar agar mereka tidak akan sesat di kemudian hari.. Aku suka dengan cara kekerasan yang tidak melampaui batas tetapi diakhiri dengan sebab musabab perlakuan sedemikian. Kita tidak harus membiarkan budak2 yang belum matang, untuk membuat penilaian sendiri terhadap segala kejahatan dan kekejaman yang berlaku... Kita sebagai yang dewasa dan tua inilah, yang bertanggungjawab untuk membimbing budak2... kita jangan mengharap ada pihak yang berperanan seperti guru atau warden semata2 ataupun pengawas dan imam untuk memberi nasihat kepada budak2... Itu semua tanggungjawab bersama..

Tidak menghairankan perangai dan sikap budak2 sekarang ni amat kuang hajor! disebabkan golongan yang bertanggungjawab (atau yang suka jaga tepi kain ni) semakin pupus dari hari ke hari. dan budak2 hidup tidak berpanduan lagi.. tidak tahu untuk menilai baik buruk dengan betul. Bos aku cakap, If u c the problem, u r the problem maksudnya masalah tidak akan selesai klu tidak kita sendiri selesaikannya.

Nota Suara Aku memetik kata2 Barrack Obama sebagai penutup hari ni
"Change will not come if we wait for some other person or some other time. We are the ones we've been waiting for. We are the change that we seek"... adios!

Comments

Anonymous said…
Masa Am pergi meeting dulu, ada juga sorang sirector tu cakap macam tu, biar i jadi the devil supaya u all tahu mana silap u all, i tak mahu jadi nice man sampai u all semua lupa apa sebenarnya kerja yang sepatutnya u all buat hehehe
irman_rahs said…
sedar atau tidak, kebanyakan kita berkorban untuk menjadi jahat semata untuk melihat orang lain berjaya, tapi tidak ramai yang sedar hakikat itu... akhirnya yang lama terus di takuk lama, dan yang baru akan terus maju..

Popular posts from this blog

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky.......

KERJA

Hari ni baru ada kesempatan sikit utk buat entry dlm NSA ni. Buat pengetahuan aku sekarang ni suda dapat kerja yg kecil2 ja...matlamat awal untuk dapatkan pengalaman. Walaupun kerja ni nda memerlukan segulung ijazah, dan mungkin 0rg kebanyakan akan kata, nda payah masuk Univ la kalau kerja macam tu ja...tapi aku berpegang kepada matlamat sendiri... Mula2 plan mau kerja di Johor tempat Asif ja, tapi sebab aku rindukan rumah dan Sabah, maka aku mengambil keputusan untuk nda balik ke semenanjung lagi...aku ingin berkhidmat di Sabah. Mungkin juga ada akan kata kerja ni sebagai kerja sementara, tapi bagi aku biarlah untuk setahun dua kalau tahan la dengan karenah orang,yg penting kita dapat kenal persekitaran kita, tu yg lebih penting... Nota Suara Aku setakat ni ja untuk masa ni, banyak isu nasional yg mau dikupas, tapi biarlah dulu input maklumat terlebih dahulu...