Skip to main content

Rumah Putih Cuma Bertukar Warna

minyak turun lagi sepuluh sen hari ni...terima kasih(Allah menyukai orang yang bersyukur). dan buat pertama kalinya aku dapat merasai harga ni sehari selepas diturunkan.. sebabnya sejak tiga kali penurunan sebelum ni, aku menanggung kerugian kerana pengisian minyak sehari sebelum harga diturunkan..asal isi full saja, esok kerajaan umum turun harga (kejadian ni berulang tiga kali berturut-turut seingat aku). kesabaran aku berbayar semalam, kalau ikutkan hati semalam kena isi minyak, meter minyak betul2 turun bawah E, nasib la tak dicipta meter yang berteriak minta diisi.. dan dengar radio tadi pagi, KERAJAAN menurunkan harga minyak ke paras 1.90, terus singgah stesen berdekatan...tapi harapnya turun lagi la, ke paras 1.50 dah memadai kot...aku tak pandai(kurang bijak) juga ekonomi ni tapi setahu aku semalam minyak dunia turun ke paras 46 dolar setong....(betul atau tak, aku hantam saja ni)....dah cukup2 la catat untung pak!

abis cerita minyak...masuk bab debat sikit..
semalam bekas univ aku masuk final kedua-dua kategori Debat Diraja IPT di UIA.(bangga juga la sikit) satu johan satu naib johan, johan lagi nampaknya kategori utama.... memang tak sia-sia usaha Kalui kerja di upm ni dan membantu membuktikan upm memang hebat dari dulu lagi, cuma tak pernah menang kejohanan besar... tajuknya pun bukan calang-calang... Rumah Putih Cuma Bertukar Warna...aku nak ulas pun tak faham sangat hehehe. tapi menurut kalui, dia tak campur tangan, tapi adalah dia sebut doktrin negopunte(aku minta dia sebut betul2 dia tak tau, aku tulis mengikut apa yang aku dengar saja, kalau ada yang tau doktrin ni, infom2 la aku) Hitek(badan kongres yang menentukan keputusan, lagi la aku tak paham) maaflah informasi tak lengkap..kenala rajin2 buka link di sebelah ni KDBMputra...apapun tahniah la upm...

tapi yang buat aku cemburu dengan diorang ni, bekas2 pendebat upm turun memberi sokongan kepada pasukan, manakala aku cuma dapat mendengar kegembiraan dari jauh...kiranya macam reunion jugala dapat berkumpul sambil ketawa2...dan mendorong aku call fazly bertanya2 khabar...dan pastinya akan mendapat soalan cepumas orang bujang...hahaha

betapa best..nya dapat jumpa kawan2 lama.

bercakap kawan2 lama, minggu lepas terserempak dengan dua orang member sekolah... sorang ni satu kelas masa fom6, sekarang dah jadi pegawai di Jakim Sabah...kira ustaz la ni.. seorang lagi junior sekolah, dan aku gembira melihat perubahan budak ni...dulu nya, memang nakal, tapi personaliti seperti tabligh sedikit buat aku terkejut...mungkin tidak menghairankan bapanya seorang tabligh, tapi iman bapa tidak akan turun kepada anaknya kalau bukan anak itu sendiri yang cuba untuk merubah diri kepada yang lebih baik. betul tak? ...dan alangkah beruntungnya diorang.... ada seorang lagi member sekolah aku jumpa jumaat lepas, sekarang ni bergelumang dengan politik melayu...umno la tu... dan bagus juga mendengar cerita dalaman parti ni dari member... sabah sekarang banyak dilawat oleh orang-orang besar dari semenanjung...apa lagi, bodek undi la tu! dan tidak mengejutkan aku kalau dia menyebut orang-orang pilihan yb besar ni, mesti undi kalau tidak, tak melayu la... yang penting duit masuk dulu, baru undi...ahaks!

Nota Suara Aku menyelitkan sedikit politik untuk mencantikkan isi blog ni, takda kena mengena pun dengan sesiapa (kecuali terasa)... adios!

Comments

Anonymous said…
Jumpa kawan lama memang seronok, Am ada dengar cerita seorang kawan lama Am jadi doktor. Kami semua macam tak percaya kat sekolah dulu dia memang boleh masuk kelas hantu hehehe

Politik memang sedap didengar, dikomen dan dibahas hehehe

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!