Skip to main content

Tahun Ini dan Esok

belakang NSA berubah warna dari biru gelap kepada hitam. pada mulanya aku tukar warna putih, namun warna putih akan menenggelamkan warna catatan yang aku tukar sebelum membuat catatan... akhir nya warna hitam menjadi pilihan terakhir..

mungkin kah warna hitam akan mewakili prisma pandangan aku yang selama ini dihiasi dengan kebaikan dan ketulusan...esok seluruh dunia akan beralih kepada satu lagi tahun yang di ramal mencabar... 2009

banyak perkara yang berlaku di tahun 2008, walaupun begitu, aku masih tertinggal dengan deretan benda yang hanya menjadi impian di tahun 08 ni... dan mungkin akan dilaksanakan dan dicapai untuk tahun 2009. Benda paling penting berlaku di tahun ni, aku mendapat kerja yang baru pada 15Julai2008 (tarikh yang penting dan begitu bersejarah dalam hidup aku, kerana ini adalah tarikh lahir perempuan yang berjaya menarik perhatian ku tahun 1997 dan aku gagal memilikinya) sampai ke hari ini, aku masih menyimpan namanya jauh di dalam tepi2 hati ku... jiwang sikit! manala tau jodoh akan menemuinya di tahun esok...

aku juga telah menyelongkar kelemahan paling besar dalam hidup yang tidak semena-mena dan tidak disedari menjadi penyebab kenapa aku masih lagi solo... aku terlalu skema dan terlalu malu untuk bergaul dengan perempuan.. jarang bercakap dengan alam dan sekeliling.. terlalu memilih yang perfect kot.. tapi bila difikir2 kembali, tidak ada yang sempurna di dunia.. aku juga terlalu memandang segala macam yang negatif terhadap perempuan, dan akhirnya aku masih seperti dulu...

di tahun yang baru, aku berharap mendapat kalau pun bukan pasangan hidup, perempuan yang dapat membuatku tersenyum di waktu sunyi dan marah di kala boring, merindukan manja seorang perempuan dan aku telah menyimpan rasa cinta kepada perempuan kerana lafaz cinta ini belum berpunya...ori dan tulen... dan tidak hairan kalau ramai yang menegur tentang rambut ku yang tidak terurus, janggut dan misai semakin panjang... sekadar memberi petanda aku masih aku, dan semua tu akan hilang sebaik aku mendapat teman yang yang dapat memenuhi semua yang di atas...

juga aku memasang impian untuk memulakan perniagaan sampingan pada tahun esok, memikirkan kemahiran yang ada dari segi bercakap, memotivasi dan mempengaruh serta kemahuan untuk mengenali sikap dan sifat manusia khasnya remaja...

Nota Suara Aku cukup dengan 2 impian besar yang menjadi pendorong untuk aku lebih maju dan berdaya saing dalam kehidupan yang semakin mencabar di tahun esok...adios!

Comments

Anonymous said…
Wah ada dua impian besar untuk tahun depan ya. Rasanya dua-dua boleh kot dan tak mustahil

Mencari yang sempurna memang susah man, macam Am dulu cari punya cari akhirnya tak sangka jodoh Am dgn isteri Am sekarang. Dia tak 100% seperti yang Am cari kerana Am tahu Am juga tak 100% yang dia cari. Belajar menerima kelemahan masing2 itu yang penting

Selamat Berjaya dan selamat menyambut tahun baru 2009
irman_rahs said…
Selamat juga untuk Am, dan terima kasih menjadi post commenter tetap NSA...harapnya lebih ramai di taun baru ni...

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!