Skip to main content

Yakitate! Japan

hari ni aku kembali menyambung tugas bekerja selepas bercuti yang agak panjang juga la... dan agak mengejutkan dan merunsingkan sedikit aku sehari sebelum raya aku diserang demam panas lagi.. nampaknya antibodi aku semakin kerap gagal mengekang kehadiran virus penyakit ni... semalam driving balik kampung dari sandakan hampir eksiden kerana tergoda oleh silau lampu kereta bertentangan mengakibatkan aku tidak perasan hampir mencium kereta depan, syukur pemanduan dimulai dengan lafaz basmalah...berkat la tu...

cuti raya aku ditemani dengan menonton yakitate japan...anime jepun berkenaan Azuma Kazuma dengan cita-cita membikin roti Japan...69 episod terpaksa dihabiskan dalam masa 5hari bercuti sesuatu yang menyeronokkan...apalagi bapa pun hairan kenapala anak lelakinya ketawa terbahak-bahak malam-malam sorang-sorang lagi tu...hah itu la penangan anime jepun ni..sesuatu yang perlu dicontohi oleh semua pembikin kartun MALAYSIA. tidak salah untuk kita mencipta kartun atau karektor yang tidak masuk akal atau pun luar biasa asalkan mendatangkan faedah dan pengajaran kepada yang menonton khasnya kanak-kanak yang menjadi tarikan utama kartun.. bukan nya aku ni kanak-kanak, tapi walaupun sasaran nya kanak-kanak namun pengisian yang terkandung di dalam penceritaan kartun semacam ini mampu memberi kesedaran, kekuatan dan keinginan kepada orang dewasa juga... aku perasan ion-ion dalam badan ku seperti bertindak balas bila sampai bab menang nya Azuma dalam setiap pertandingan... di akhir hepi ending nya, timbul kekuatan dan keinginan untuk aku berjaya sepertinya...bukan dalam bidang roti saja, tapi apa juga bidang yang kita ceburi dan minat... capai lah ia supaya kita tidak dianggap hanya berfantasi dan tinggal dalam angan2 semata...

kalau kita selidiki dan kaji kartun2 buatan tempatan, mesej yang cuba disampaikan terlalu remeh atau ringan sehingga tidak sesuai ditonton oleh ibu2 bapa2 lantas merasuk ke minda anak2 supaya tidak juga menonton nya kerana mesej yang disampaikan terlalu ringan (maksud aku sudah ada dalam jiwa kanak2)... kalau pun tidak ada, mesej yang cuba disampaikan terlalu zuhud bagi budak2 yang dianggap mustahil ada pada jiwa kanak2 kerana penceritaan yang tidak jelas mahupun tidak berpijak di bumi yang nyata... itu belum lagi dimasukkan kualiti kartun kita yang tidak seberapa baiknya...

penceritaan yang terlalu serius juga menjejaskan kanak2 menyerap mesej yang cuba disampaikan oleh pelukis dan penerbit kartun2 kita.. begitu juga dengan kurangnya elemen penceritaan sejarah dan hubung kaitnya dengan keadaan kita hari ini, menjadikan ianya semakin gagal...kalau macam kertas yang tidak berguna, kita remuk2 kan..tidak cukup dengan itu kita pijak pula sampai lumat...tak cukup lagi kita....tak tahula apa lagi kita buat sampai hilang sifat kertas tu...demikian la analogi yang boleh aku gambarkan... kalau yang membaca tak bole gambar, apa bole buat...

Nota Suara Aku akan berhenti di sini untuk tika ini... hendak disambung ke satu bab lain berkenaan tragedi bukit antarabangsa, tapi melihat panjang-lebar nya cerita yakitate ni...aku berhenti di sini dulu... namun sebagai sinopsis (cewah macam promote blog pula)... aku akan mengulas tragedi ni dari satu sudut yang mungkin kita perasan tapi majoriti nya tidak nampak..seperti berkaitan dengan raya korban juga...antara korban, terkorban, dan pengorbanan... adios!

Comments

Anonymous said…
Wah Man kena juga jangkitan dari Am ya hehehe

Sekarang kartun bukan macam dulu, kebanyakkan memberi peringkatan tentang kehidupan pada kita terutama tentang sifat tak putus asa

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!