Skip to main content

Posts

Allah Menyayangi HambaNya

aku sungguh gembira dan terharu dengan perkembangan positif ini... akhirnya hari ini aku berjaya mengajak saudaraku untuk solat jumaat... dan memang agak mudah untuk mengajaknya, tidak dengan paksaan ataupun desakan... hanya sekadar ajakan seperti minggu2 yang lalu... seringkali aku menyogok saudaraku bahawa apa yang berlaku adalah ujian Allah... kita sebagai hamba, akan diuji tetapi mengikut apa yang terdaya oleh kita... bila kami berkongsi masalah masing2, sering nasihat menasihati, aku tutup dengan harapan agar dia solat dan minta petunjuk dari Allah... memang agak payah untuk mengajak orang2 yang keras hatinya... keras kerana tidak dibasahi oleh wuduk... keras kerana tidak ditundukkan dengan al-Quran... keras kerana tidak dikunjungi dengan nasihat2 agama... dan bermula dengan konflik cinta nya, kemudian dia berusaha SAHAJA tanpa berdoa dengan senjata orang Islam, dia ditundukkan dengan Hawa yang kembali insaf dan kembali solat... aku sangat2 bersyukur kepada Allah... Hawa yang menj...

Antara 2 Jiwa

seperti hari ni aku mau juga untuk menotakan sesuatu, tapi aku nda tau dimana mau dimulakan penceritaan ini... dalam kepala banyak sangat yang indah2 juga sejarah ingin disuarakan... mungkin bagus aku mulakan dengan bercerita mengenai saudara ku... minggu ini nampaknya memperlihatkan pemulihan kisah cinta saudaraku yang mengalami pemberontakan sejak bulan 11, tahun lepas... aku senang dengan perkembangan ini sebab saudaraku kembali bersemangat untuk meneruskan hidup2 sebagai seorang manusia... memang dia ni seorang yang tabah sebab dia dapat menerima Hawanya yang boleh dikatakan menduakannya semasa mereka berjauhan... tempoh berjauhan tidak lah lama, namun apa2 pun boleh terjadi sekiranya kita tidak pandai menjaga diri ditempat orang... demikian lah yang terjadi, mungkin disebabkan pengaruh kawan dan godaan Adam yang berlidah cabang (pandai ayat la kunun)... mungkin juga kerana baru mengenal apa itu dunia sebenar... tetapi disebalik pemulihan cinta ini, aku suka untuk merujuk terdapat ...

Aku Menang

Syukur alhamdulillah, pagi ini nampaknya memberikan kemenangan kepada ku.. kemenangan apa? prochamp EWRM telah dikembalikan kepada aku dengan penuh rasa kecewa dari bos.. tidak lama dipegang oleh orang lain, secara rasmi bos sudah mengumumkan supaya aku pegang semula post ni.. bukannya aku mau sangat, tapi sekurang2 nya dengan task ini, aku dapat mempelajari dengan lebih dalam berkenaan hal ni... aku janji akan mendalami benda sampai pandai dan menjadi SME.. anda doakan aku.. aku sudah pun berpindah dari ruma sewa ke rumah sewa baru... bukan bersendirian, tapi dengan kwn ku Iskandar.. orang yg suda ku anggap saudara ini, memang banyak sangat berbudi... hanya Allah yang dapat membalas jasanya... aku sedang berada dalam situasi yang penting untuk ku buat.. nda bole disebut dalam blog ni, memandangkan blog ni mempunyai penggemar2 hantu... maksud aku, orang2 yang tidak diketahui.. blog ni bukan lah blog yg popular, sebab pertama tidak ada isu2 atau gosip seperti blog lain.. blog ni juga bu...

Geram dengan diri sendiri

hari ni aku geram dgn diri ku sendiri... perkara kecil pun bole membuatkan aku marah dan memencilkan diri... begini la aku ni, bila aku marah tentang apa juga perkara pun, aku terus mendiamkan diri tidak kira perkara tu kecil atau besar..... sepertinya aku tidak mencuba untuk mengotakan apa yang aku ingin jadi... mengikut contoh2 idola ku, mendengar nasihatnya dan meniru segala perlakuan2 yang baik2... aku akui, bukan senang untuk merubah watak sendiri... tapi kalau aku sendiri nda boleh mengubahnya.... siapa lagi yang mampu mengubah... akhirnya aku pasti, tabiat buruk dan hodoh ini akan memakan diri ku sendiri... contohnya hari ni saja, 2kali aku di bawa makan tengah hari dan minum petang... disebabkan aku terlalu marah, aku hanya duduk semeja dengan kawan2 tanpa minum atau menjamah makanan... sedangkan perutku lapar... ada baiknya sedikit disini, aku dapat berpuasa dan menyihatkan diri dengan tidak makan atau berpuasa... Nota Suara Aku tahu ada benda dan perkara yang mampu merawatnya...

semua orang mengadu dia baik

perasan atau tidak, semua orang mengadu dia baik... amat sedikit yang mengadu dengan kita mengatakan dia salah, dia lemah dan tidak mampu mengawal situasi... dalam agama situasi ini dipanggil mengadu domba... namun ramai tidak tahu perkara ini... hari ini, aku didatangi aduan dari seorang perempuan yang hanya aku kenal dari mulut saudara ku... perempuan yang aku pernah lihat dalam facebook... perempuan yang pernah aku bersembang sekali dalam telefon... perempuan ini mengadu dia cuma mau menolong... menolong saudara ku yang diperlekehkan oleh kekasihnya... aku nda mau komen lebih2 mengenai perempuan ni... di depan aku juga sekarang ni, ada perbualan yang aku pasti sedang mengadu domba... sedang mengadu bahawa dia baik... kononnya mereka tidak bersalah dalam situasi semasa... tidak mengaku mengakibatkan kelam-kabut yang berlaku di jabatan ini... bercakap tentang jabatan ini, aku baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat QC yang dipengerusikan Pengarah Urusan sendiri... sekadar highlight p...

idola

pelik tapi benar, dalam banyak2 waktu yang terluang aku memilih waktu 3.23 pagi! untuk jari jemariku menari-nari di atas pentas laptop... ceh berasmara pula ayat2 ku pagi2 buta ni... mungkin tempias pembacaan novel yang baru ku beli di Popular CT Mall... sebuah novel yang aku terbeli kerana tajuknya Ya Fattah; Cinta Sakti.... sepertinya ada unsur2 keagamaan sedikit walaupun Fattah adalah watak utama dalam novel ini... dan sepanjang pembacaan ku sebanyak 70 lembar mukasurat, memang ianya dipengaruhi dengan unsur keagamaan yang tinggi... dan novel ini memang menarik atas pengukuran aku bangun di awal pagi hanya semata-mata menyambung pembacaan yang tergendala akibat keletihan mataku... selain itu, aku membeli novel ini juga kerana tarikan Cinta Sakti... teringat lagu Def Gab C yang sangat bertenaga... tidak seperti novel2 lain yang juga menggunakan tajuk2 lagu untuk menarik pembaca membelinya, sekilas memegang novel ni, aku berat untuk melepaskannya... maklum la, aku ni jenis berkira jug...

Menyunting Bunga di Takis

terasa hari ni aku ingin bercerita tentang acara pertunangan yang berlangsung ahad lepas... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini... kalau dikira, semua acara samada rasmi atau bersifat keluarga memerlukan perancangan yang rapi... walaupun acara tersebut kadang2 hanya berlangsung 2jam...begitu juga majlis ni keluarga ku datang dari Sandakan bertolak hari Jumaat (5/2/10) kira2 jam8/9 pagi, dengan 4kereta konvoi kancil (bapa), viva (kak Yu n family), teksi tangah(adik bapa) dan saga@Honda ab ipar (suami kak mang)... lebih kurang 20orang juga yang mengisi keempat2 kereta ni... betul2 mengoptimumkan ruang yang ada...huhuhuhiu... famili ku sampai di ruma sewa ku lebih kurang jam3 petang.... dan pastinya rumah yg aku sewa juga tidak terkecuali mengisi ruang secara optimum... Alhamdulillah dalam keadaan yang selesa semuanya... Hari Sabtu, bapa dan kumpulan yang senior seperti Tangah, Bungsu dan macik ku melawat pacik ku di Putatan...

Single but Not Available

kemarin 07.02.2010, aku selamat mengikat pertunangan dengan cinta pertama ku... cinta pertama dalam erti kata yang rasmi... selama ini, cinta yang aku ada secara tidak rasmi... dan sebab aku nda mau melambat-lambatkan hubungan ini, akhirnya kemarin rombongan keluarga datang meminang... cukup setakat ni untuk masa ini, insyaAllah ada ketetapan tarikh perkahwinan, aku akan umumkan jga nanti... setakat ni saja...adios!

tugasan baru

assalammualaikum selamat tahun baru... ceh macam terlambat pula, maklum la ni merupakan post di tahun baru... bukan tiada kelapangan, cuma aku seperti berat untuk menotakan NSA... bukan juga tiada cerita, bahkan cerita bertimbun cumanya nda tau memulakan dan mengarang nya d NSA... hanya mampu menjenguk seketika dan beralih kepada fb semula... kebanyakan masa di alam maya ni, aku habiskan d fb saja... lain laman yg aku lawati, hanya la seperti espnstar.com , soccernet.com, airasia, malaysiaairlines dan cimbclicks.com.my... hari ni aku terasa aku perlu menotakan kejadian2 yang berlaku sepanjang 20 hari di tahun baru... paling penting berlakunya 'reshuffle' tugas2 di pejabat ni... untuk pengetahuan, sebelum ini aku bertugas d tiga kerja utama... pertama EWRM, kedua DCM dan fasilitator 5S jabatan... ketiga2 kerja utama ini boleh dikatakan lulus walaupun tidak cemerlang di mata KOD.... dan sebaik hari isnin menjengahkan diri baru2 ini, ketua unit mengumumkan pertukaran tugas2... aku...

Penutup Tahun 2009

semasa aku menulis entry hari ni, aku dalam keadaan yang tidak stabil...bukan tidak sihat, cuma hatiku berkecamuk dengan pelbagai kocakan perasaan yang aku tidak mungkin akan khabarkan dalam NSA... bukan semua perkara boleh dinotakan...lebih2 lagi bila ianya sangat sensitif... sedar nda sedar, rupa2nya aku tinggalkan blog ni selama 2 minggu... mungkin kah masa berlalu terlalu cepat untuk ke tarikh di hadapan... atau kah aku yang cuba mengejar tarikh tu sehinggakan tidak menyedarinya... rasa kesal bercampur gembira menyelubungi hati... aku pun nda tau hendak digambarkan bagaimana... umurku mungkin begitu bersemangat untuk meneruskan hidup masa akan datang... tahun 2009 berlalu dengan begitu mencabar.... dari segi kerja, aku bersyukur dapat bertahan sehingga ke hari ini... cabaran yang agak mengujakan bagi seorang pekerja muda seperti ku... berhadapan dengan pelbagai karenah manusia, samada yang macam Kambing dan tidak kurangnya yang ikhlas memberi tunjuk ajar... aku masih dapat bertahan...

10K

agak-agak apa kaitan tajuk ni dengan aku?? sebenarnya sangat berkaitan dengan aku dan memang amat memberatkan kepala ku untuk berfikir... aku belum pernah menghadapi situasi begini, dan aku tidak mengharapkan untuk mengalaminya berulang kali... mungkin perkara ini agak sensitif tapi aku sekadar ingin menotakan apa yang terbuku di kepala ku... semalam aku bangun malam bukan untuk tahajjud... tapi ada sesuatu yang menyuruh aku untuk bangun... agak merugikan aku nda gunakan bangun malam untuk bertanya dengan Allah... aku sepertinya lebih selesa menghadap FB sehinggalah aku tertidur balik... sedar nda sedar, memang nda sedar pun, adik ku yang kejutkan aku jam 6.45!! aku bingkas bangun dan menyegerakan rutin harian sampai la tiba di opis... selepas dapat tau dari dia, khabar2 yang diletakkan aku berbincang dengan bapa... walaupun perbincangan kami sekadar melalui telefon, tapi ianya bukan perbincangan biasa... aku sangat tekun mendengar teori bapa... aku akui, memang AMAT sukar mendapat bap...

Dari Pulai Manang

post hari ni datang dari Pulai Manang, Lumadan... buat kali pertamanya aku melangkah kaki ke rumah sorang lagi kawan yang memang aku rapat sejak di sekolah agama lagi... sebuah kampung yang aman sama seperti kampung2 yang terdapat di sabah... kekurangan kemudahan seperti jalan kampung yang tidak berturap dan pastinya jauh dari pandangan YB2...abaikan ja la... hari ni amat bermakna dan bersejarah dalam hidup... aku buat pertama kalinya dan dengan sepenuh kelelakian yang ada, aku mengadap keluarga bakal ibu kepada anak2 ku dan menantu kepada ibu bapaku... tidak banyak halangan yang aku hadapi berkat doa semua orang... aku mungkin menotakan rasa syukur yang tidak terhingga... aku dapat menyampaikan hajat dan keinginan aku kepada keluarga perempuan... paling tidak terima kasih aku ni ditujukan kepada Joy yang menjadi tulang belakang perkara ini... tanpa bantuan dia, aku masih seperti hari kelmarin dan mungkin kekal untuk setahun dua lagi...selepas ini jadi orang Takis la aku.... bercerita ...

Motor Oil

setelah beberapa lama kelisa ku buat hal, brek jam secara tiba2, akhirnya dapat juga dikesan sebab utama yang memakan belanja 200+ juga... aduh kepala ku makin runsing dengan masalah ini... aku nda boleh salahkan sesiapa melainkan diriku sendiri... jadi apa kaitan tajuk ni dengan problem keretaku... sebenarnya aku tersalah taruh suatu ketika dulu... kira2 dalam 3-4 bulan yang lalu juga la, masa tu aku konfiden aku masukkan minyak motor ke dalam minyak brek!!! kemudian selang beberapa minggu atau hari juga, aku masukkan minyak brek ke dalam bekas minyak brek juga... aku jadi keliru dan terus call faizal... aku tanya apa masalah kalau minyak motor termasuk ke dalam minyak brek.... dia minta kepastian betul atau tidak aku ada masukkan, aku jadi nda pasti...dan cerita itu berlalu begitu sahaja... kemudian cerita tu bangkit semula kemarin... bila tayar depan mengeluarkan asap, faizal terus bawa ke bengkel yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan... bukan dia nda pakar, aku yang hairan kena...

Kata Hati

aku nda tau sama ada tindakan ini terburu-buru... kata hati ku menyuruh untuk aku menerimanya... bila ku tanya orang2 yang terdekat, mereka juga menyarankan tindakan yang sedemikian... aku lebih semakin yakin untuk dekat dengan dia... aku tidak mengenalinya lebih dekat... aku juga tidak tahu isi hatinya sebab kami belum pernah bertegur sapa... hanya sekadar pernah bertemu dan bukan sekali dua.... sekerap mana aku datang ke rumah kawan ku, sekerap itu la aku akan bertemu dengannya... boleh dikatakan keluarganya amat senang hati melihat tingkah laku yang aku pamerkan... seperti yang aku katakan, aku bukanlah orang dalam kategori ada rupa yang menarik...hanya ala kadar mengikut darah Suluk yang mengalir dalam tubuhku... namun orang yang paling kuat menyarankan aku dengan dia ni adalah kawan aku sendiri... tengah hari tadi, selepas saja aku makan tengah hari, mak kawan ku call dan tanya perkara yang sama... aku bukannya hendak membuat keputusan secara melulu, tapi sepanjang pengetahuan ku ...

Doa Pengasih

agak kontroversi juga tajuk post hari ni... aku pun nda tau samada ni kategori doa pengasih atau apa, tapi aku anggap dia la tu... humm.. doa ni secara tidak sengaja muncul bila aku sembang2 dengan Jamdin, salah seorang kawan seofis dalam sayap kiri... ntah macamana bole masuk bab ni, tu nda penting, yang pasti aku memang pernah mendengar mengenai doa ni dari ajoy... tapi biasala budak ni, memang jenis berbelit2 dan suka simpang2 kalau bercerita... aku minta dari dia lama suda, smpi sekarang pun nda dapat2 doa tu... alih2 Jamdin membacakan doa ni, aku terus minta dari dia secara lanjut... dan Alhamdulillah aku dapat juga tanpa cerita panjang.... mungkin suda sampai seru untuk aku memberanikan diri dengan gadis2 yang berada di luar sana, buang segala rasa segan yang nda bertempat ni demi memenuhi syariat agama... aku sedikit yakin dengan doa ni, sebab 2nama yang aku sebut di atas mengamalkannya dan jelas terpampang watak penggoda diorang ni terhadap perempuan... yang menghairankan aku n...

Hujung Minggu

hujung minggu yang lain dari lain... banyak perkara yang akan aku cerita untuk post hari ni... antaranya tentang kekalahan ketiga Chelsea, kawan, sipitang dan paling hangat ialah dilema cinta, ceh macam lagu baru Ungu pula.... sebelum itu, aku tertarik dengan link yang disumbangkan oleh seseorang mengenai gula... topik yang agak menarik dan menyedarkan kita tentang bahaya gula... namun sedikit komen, walaupun bahaya gula memang nyata, tetapi masih tidak berbaloi tindakan kerajaan untuk menarik subsidi gula kepada rakyat... kerana hakikatnya, gula menjadi keutamaan kepada kita semua... info yang disumbangkan ini, bagi aku masih tidak dapat menghalang tabiat menggunakan gula oleh kita semua... cuma aku akan cuba untuk mengurangkan gula dalam makanan..lebih2 lagi dalam usaha aku mengurangkan lemak dalam badan yang semakin bermaharajalela.... chelsea menghadapi kekalahan yang ketiga dalam liga...dan kedua berturut-turut dalam perlawanan... sedikit mendukacitakan dengan keputusan ini, meman...

Gula

minggu ni agak sibuk, nda sempat update fb dan juga blog... minggu ni aku berkesempatan odit di kunak... satu lagi tempat yang baru pertama kali aku jejak... satu pekan yang tenang dan aman... satu yang menarik tentang kunak ni, gadis2 di sini cantik2 pula... nda kira la, di kedai kopi ka, kedai reload, peniaga tepi jalan dan gadis2 yang lalu lalang nda payah cerita la... aku mengodit 5S dan SEMS... dan memandangkan kakak ku tinggal d lahad datu, aku ambil keputusan untuk tidak tinggal d hotel...cuma dari LD ke kunak ambil masa 1jam juga la... tapi apalah sangat 1jam tu.... macam nda biasa pula... tujuan post hari ni sekadar menyatakan rasa tidak puas hati dengan berita2 yang aku dengar dan baca... seperti biasa, nilai berita Malaysia ni tidak lain tidak bukan, hanya lah penuh dengan dengki dan mengadu domba.... lebih2 lagi org2 besar yang menggunakan kuasa teknologi maklumat untuk menyebarkan dakyah kolot politik diorang.... dengan bersandarkan kepada Islam dan Melayu... motif tidak l...

Di Pagi Raya Kurban

masa raya pun masih sempat post entry lagi aku ni... bukan apa dlam minggu ni, baru hari ni aku ada kelapangan menjengah NSA... minggu ni aku agak banyak bejalan bermula hari minggu lagi... bukan atas kerelaan, tapi demi menjaga hati kawan yang balik dari sarawak... tumpang d ruma untuk 2hari sebelum balik ke sandakan... tapi tu semua aku anggap sebagai amal kepada kawan... bapa selalu pesan, jangan abaikan kawan... layan dengan sebaik2 nya, sebab kawan lah tempat kita mengadu kala susah.... mungkin hari ni hari diorang, esok hari diorang, lusa pun hari diorang... minggu ni juga kebanyakan budak2 unversiti suda balik bercuti.. aku tumpang gembira, ramai kawan2 ku balik dan senang la diorang ni menjadi sasaran untuk aku menumpangkan masa boring ku(adaka masa boring??) yang biasanya digunakan datang ofis... tidak banyak kejadian penting yang berlaku sepanjang minggu ni,selain kelisa ku diservis... paham2 la, kalau servis ni maksudnya dompet pun kena servis juga la... wpun tidak seteruk m...

watak hujung minggu

hari isnin kembali dengan minggu baru... minggu yang baru berlalu aku akhiri kerja dengan stres yg tiba2 datang 2jam sebelum balik... seperti biasa aku bila ditunggangi marah, aku akan mengunci mulut dari bercakap... muka nda payah cerita la...sebaik sampai di rumah, aku terus tidur...abis cerita minggu lepas.. sabtu dan ahad aku dipenuhi dengan aktiviti yg bukan watak aku seperti selalu... aku suda tengok filem Ketika Cinta Bertasbih... selepas membaca novelnya, aku memang nda sabar menonton filemnya lebih2 lagi selepas menonton preview... novel dan filem tidak jauh bezanya, dan seperti tidak banyak yang boleh dikomen... sangat baik buatan Indonesia!!! namun agak mengecewakan juga bila KCB bersambung dan terpaksa tunggu KCB2 pula... nampaknya bukan novel saja 2episod,filem juga begitu... dan begitu banyak pengajaran yang diselitkan walaupun banyak plot dalam novel terpaksa dipotong... 2jam tidak terasa lama, mungkin kerana kualitinya...dan pastinya KCB2 juga memakan masa 2jam atau leb...

Poker King

Semalam hari rabu...hari rabu tiket wayang murah... bila murah, cinema seperti memanggil aku lai...lai... aku pun tinjau2 la gsc, tengok apa wayang yang sedang ditayangkan... plan mau tengok Ninja... tapi nda sempat pula... jadi aku suruh kawan ku pilih wayang apa yg mau ditengok, aku mau tengok Phobia 2(filem thai), tapi penakut sungguh kawan ku ni... yang dipilih Poker King (cant)... aku ingatkan dia ni tau sangat pasal poker...hampeh, lepas tengok aku explain macam mana bentuk game Poker ni... bertepatan dengan tajuk post hari ni, aku suka mengambil pengajaran setiap filem yang aku tonton...baik disamakan dengan kehidupan harian, mahupun dijadikan sebagai penambah ilmu pengetahuan...sekali lagi, filem kadang2 seperti mengolok-ngolok apa yang terjadi kepada diri kita seharian... dan filem PK ni aku lihat mengajar kita supaya percaya kepada diri sendiri... jangan mudah terpedaya dengan lakonan dunia yang pastinya tidak dikenali (walau banyak mana pun pengalaman kita)... begitu juga, k...