Skip to main content

APA KES HARI NI?

Hari ni, macam biasa dimulakan dengan bangun, mandi, pakai baju, pigi kerja!
Aku pikir semalam, banyak yang mau di tulis tapi bila sudah sampai depan komputer, blank pula!
Selamat hari isnin Iskandar....
Selalunya bila tiada topik untuk dikemukakan aku menjadikan topik pagi di era sebagai bahan pemula atau intro. Jadi topik pagi tadi sikap penyokong2 bola sepak negara kita. Kemenangan Selangor sebagai juara Piala FA dicemari dengan kes penonton yang ganas akibat tidak dapat menahan ke'excited'an durang menang piala. Masalah dalam bolasepak ni memang tidak akan berakhir, di luar negara sendiri pun keadaan ni adalah lumrah bagi peminat2 bola. Tidak kira lah pusingan awal atau akhir, cuma akhir menjadi tumpuan sebab media kehabisan modal untuk memanjang-lebarkan topik bola di Malaysia ni.
Pilihanraya kampus juga sudah terasa bahangnya. Tapi sayangnya, perang poster masih tidak dibenarkan seatakat ini, sehinggalah calon yang bertanding dapat diketahui. Aku sempat melawat web yang menjadi medan mahasiswa mengutuk sesama sendiri, memaki pun tidak kurang juga dan ada juga yang masih bertindak waras sempat menasihat rakan2 yang lain. Itu baru kes di dalam wab, belum lagi di medan yang sebenar. Kita dapat melihat bagaimana keadaan masyarakat Malaysia khususnya dalam suasana berhubung atau berkomunikasi sesama sendiri.
Pelancaran kempen nilai murni dan budi bahasa seperti tidak ada kesannya setakat inilah. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita mesti sentiasa berfikiran positif dan menyokong usaha ini. Biarlah kita yang memulakan lebih dahulu, kerana setiap langkah itu bermula dari langkah yang pertama. Kepimpinan melalui teladan adalah langkah yang paling berkesan kalau kita amalkan. Majikan menghormati pekerja bawahan, ibubapa menyayangi anak2 dan anak2 menghormati ibubapa, guru mendidik anak murid dan anak murid menghormati guru2 dan antara rakan sebaya dan rakan sekerja.
Begitu jugalah bila Daniel menjadi juara MI2 ni, kita seolah2 meracau dan meragam kenapa dia bole menjadi idola, sedangkan nita lebih berkelayakan. Aku terpaksa menerima kenyataan sebab aku juga tidak mengundi untuk Nita. Undi melebihi 2/3 pengundi sms membuktikan keupayaan Daniel sebagai idola rakyat Malaysia. Mustahil kita menafikan kekuatan yang ada pada Daniel sedangkan dia berjaya mengenepikan 9000 orang peserta di awal nya.
Biarlah Daniel dengan MI2 nya, tapi jangan kita biarkan bola sepak kita dicemari dengan aksi2 yang tak masuk ajar ni, dan mahasiswa kita yang tidak berani untuk berdepan mendepani cabaran arus politik mahasiswa. Keterlanjuran dalam berbicara boleh mengundang bencana kepada diri sendiri. Nanti siapa yang malu, mereka dan keluarga mereka. Nota Suara Aku memetik kata2 sifu debat " di saat langit telah retak, berlumba jatuh menimpa bumi, takkan dapat ditahan dengan telunjuk!"

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...