Skip to main content

DEBAT LEBUHRAYA

Hari ini ada pertandingan debat lebuhraya intervarsiti...sempena jubli perak LLM..pagi tadi nda sempat buat nota tentang perdebatan antara UPM dan UMS...tapi ringkasnya UMS kalah!

Sekarang aku sedang menyaksikan debat antara UiTM vs UPM.suku akhir.Tapi kenapa aku nda bedebat? hahahahahah sbb TNC tak bagi aku bedebat....bilangnya aku nda buat kerja sebagai timb S/U MPPUPM...jadi sebagai hukuman nya aku nda bole berdebat!Apa2 aje....

Bercerita tentang debat, sebenarnya aktiviti ni seharusnya di luaskan skopnya. bukan hanya di peringkat IPT tapi juga mungkin di peringkat lebih terbuka...barula mahasiswa dapat menjana minda dengan lebih tajam lagi. Tapi apa yang menyedihkan debat seperti ini, tidak mendapat perhatian pihak media. Jadi kurang lah sambutan daripada mahasiswa sendiri.

Hari ini, aku bangun awal lagi biarpun nda kerja. apa ndanya, ikut abg mamak pigi UIAM awal....dia kan hakim..Jadi malam ni aku nda balik kolej...tidur hotel!biasala....

malam ni mungkin main boling dengan asif, kalui n asif...aku akan kalahkan durang malam ni.jaga2...

sedar nda sedar, rupanya aku sudah praktikal 2 bulan di Bahagian Perhubungan Antarabangsa, bagus betul pendekatan yang diambil oleh Jabatan KOmunikasi...banyak yang aku belajar dari magang ni.

tiada yang aku mau tulis lagi...selamat berhujung minggu, jangan lupa hari isnin kerja balik k....
nota suara aku .....adios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...