Skip to main content

ME VS HIGH HEELS

Best ka tajuk nya? Inilah filem yang aku tengok kemarin di bilik lepas pulang kerja. Sangat best ceritanya. Pelakon2 nya mungkin kurang popular seperti Dian Sastro atau Nicholas Saputra. Tapi cerita ni lebih bagus dari Tentang Dia atau kalau di Malaysia mungkin setanding filem Sepet.

Menceritakan seorang remaja perempuan bernama Shasha yang berjanji tidak akan menjadi perempuan feminin sebaliknya identiti yang ingin ditonjolkannya sebagai tomboy. Tapi semuanya berubah apabila bertemu dengan pemuda bernama Arnold, adik tiri kepada Dondo teman baiknya. Maka bermula lah cerita dan episod pergolakan identiti antara feminin dengan prinsip hidupnya. Namun ini tidak disukai oleh Ronald sebagai teman baiknya. Apakah selanjutnya....tingok sendirilah.

Tapi yang pasti cerita ini, aku simpulkan filem ini sebagai filem yang baik berbanding filem Malaysia seperti SH3 atau filem remaja terkini. Perbezaan antara filem Malaysia dan Indonesia ialah, filem kita lebih menjurus kepada perkembangan remaja seperti cara pemakaian dan pergaulan serta pembuat filem hanya ingin mengikut kehendak penonton. Berbanding filem Indonesia, pengkisahan lebih menjurus kepada pergolakan dalaman jiwa remaja. Ini juga di ceritakan di dalam filem Tentang Dia dan mungkin juga dalam filem Kiamat Sudah Dekat.

Sebut pasal pergolakan jiwa remaja, program sebegini kurang dianjurkan olej kerajaan mahupun badan2 bukan kerajaan. Mungkin kita belum sedar wujudnya masalah ini. Tetapi, bukti sudah terpampang di depan mata. Lihat saja, suratkhabar Berita Harian 5 September apabila dilaporkan kanak-kanak yang melampau sehingga membakar bas sekolah. Di sekolah menengah tidak boleh disangkal lagi kes2 kematian dan kecederaan semakin menjadi-jadi.

Seperti biasalah kita ni, sudah terantuk baru tengadah. Ada program pun dibuat bagai melepas batok di tangga, hanya sekadar memenuhi takwim Kementerian atau Jabatan. Tapi aku di tegur oleh jiwaku sendiri. Nota Suara Aku hanya boleh menarik nafas mengeluh dan berkata siapalah aku...lagu Amy Mastura nyanyi sendiri!

Comments

Anonymous said…
Biasalah tu Ham, byk cadangan untuk masalah kanak terlampau nakal ni (nakal ker jahat), namun perlaksanaannya amat kurang.

Selalunya kanak2 terlepas dan ini menjadikan mereka semakin berani, ada yg buat salah itu telah ditangkap beberapa kali dan terlepas.

Anyway terima kasih kerana melawat blog Am, letakkan tag board di blog Ham, boleh kita berbual disitu

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!