Skip to main content

MAHASISWA OH MAHASISWA

Kalau padi yang ditanam
Jangan lalang yang naik
Kalau budi yang ditanam
Jangan petualang yang bangkit

Mungkin ini adalah pesanan kepada mahasiswa/i yang sedang menuntut di universiti awam dan swasta. Ini mengingatkan bahawa segala yang diperolehi sekarang adalah hasil daripada usaha kerajaan memberi kemudahan pembelajaran kepada rakyat seluruhnya. Kita tidak inginkan apa yang berlaku semasa tragedi Tian An Men berlaku di negara yang aman ini. Kekuatan yang ada pada mahasiswa/i begitu sukar untuk digambarkan sehingga kerajaan diktator Sukarno tumbang di tangan mahasiswa/i. Justeru lahirlah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada tahun 70an yang menjadi racun kepada kelesuan mahasiswa/i seterusnya masyarakat amnya.
Namun pasti ramai sekali yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan tidak kurang yang berang. Keadaan mahasiswa/i yang tidak bertenaga ini dikatakan berpunca daripada diri sendiri sehingga melupakan bahawa persekitaran universiti juga adalah faktor terpenting yang membentuk pemikiran mahasiswa/i. Mana mungkin kilang yang mengeluarkan produk tidak bertanggungjawab ke atas produknya sendiri. Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia. Universiti seolah-olah tidak tahu-menahu apa yang dihasilkannya. Hanya yang cemerlang diakui sebagai produk universiti.
Mahasiswa/i tidak dididik dan diajar cara untuk mengurus diri dengan menggunakan pemikiran mereka sendiri. Semuanya telah dicatur oleh pihak atasan. Saya bukan ingin menyalahkan pihak ini tetapi sekadar untuk menyedarkan dahulu dan juga pesanan agar masa yang digunakan untuk membaca artikel ini bukan satu pembaziran. Saya bercakap berdasarkan pengalaman berada di sebuah universiti bertaraf MSC gah pada nama.
Perhatikan program yang ingin dianjurkan oleh persatuan mestilah melalui satu proses yang sangat lama. Kita ingin mencontohi negara luar dengan mengikut prosedur tetapi pengurusan tidak pula seperti negara luar. Contohnya, pekerja luar negara sangat komited apabila bekerja. Tidak ada yang bersembang dengan rakan sejawat apabila sedang melayan pelanggan. Tetapi di sini, siapa yang tidak pernah melihat pekerja di kaunter sedang rancak bercerita dengan rakan disebelah sedangkan pelanggan beratur panjang. Begitulah keadaannya apabila program mengambil masa dua minggu untuk diluluskan. Padahal bukannya perlu untuk di bawa ke bilik mesyuarat pun. Hanya sekadar mendapat kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor (TNC).
Itu yang paling utama. Kedua, saya ingin menarik perhatian tentang belanjawan yang perlu dikeluarkan untuk menjayakan program. Pihak universiti tidak memberikan atau menyediakan sejumlah yang diperlukan tetapi hanya separuh atau satu pertiga sahaja yang diberikan. Maknanya selebihnya mahasiswa/i sendiri perlu mengeluarkan duit sendri bagi menampung program ini. Mungkin ini bukan masalahnya tetapi persatuan tidak mempunyai kewangan yang tetap dan tidak dibenarkan pula mengutip yuran dari mahasiswa/i atas alasan ianya membebankan dan termaktub di dalam AUKU. Ini yang dikatakan sebagai tiada beban batu digalas! Mahasiswa/i terpaksa mencari penaja dalam tempoh yang singkat.
Cukup dua masalah yang dicatatkan ini untuk menyebabkan mahasiswa/i hilang keinginan dan semangat untuk menganjurkan program. Bentuk persekitaran seperti inilah yang menyebabkan mahasiswa/i lesu. Kegagalan menganjurkan perogram di peringkat kecil. Ini baru masalah sebelum penganjuran, belum lagi masalah semasa dan selepas program.Pendekatan yang lebih positif amatlah diperlukan bagi mengembalikan kecemerlangan universiti menghasilkan produk berkualiti. Bukan lagi ditahap dialu-alukan. Tidak ada ruginya membantu mahasiswa/i di waktu mereka masih mempercayai pihak pengurusan. Jangan risau madu yang diberi tidak akan dibalas dengan tuba sekiranya ikhlas.

Comments

Anonymous said…
Hi, I was just blog surfing and found you! If you are interested, go see my diet for adhd related site. It isnt anything special but you may still find something of interest.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka

Aku Masih Ada

Hari ni baru ada kesempatan masukkan entry. Inipun entry yg sekadar menunjukkan aku masih wujud dlm blog ni..bercerita tentang kerja yg buat sekarang ni, masih hijau rasanya dalam bidang ni. Hakikatnya memerlukan ketabahan dan tetap dengan matlamat yang ingin dicapai...Kalau diikutkan mau juga kerja yang lebih bagus, tapi mungkin ini yang dikatakan cabaran dalam alam pekerjaan...Aku cuba untuk bertahan dalam 2-3bulan lagi... Esok mau pg interview satu kerja yang lebih bagus..insyaAllah dapat kerja tu lagi bagus.... Dalam seminggu dua ni, kita banyak didedahkan dan disogok dengan berita yang kadang2 mengelirukan... Dan aku mau petik cerita komen yang diberikan oleh bekas PM kita terhadap Pak Lah...Pada pendapat aku, ni cuma satu bentuk propaganda daripada bekas PM kita bagi menyelamatkan reputasi Pak Lah yang dari hari ke hari dapat dilihat semakin lemah. Tengok bagaimana respon daripada semua menteri2 yang menunjukkan sokongan yang padu terhadap PM kita ni. Dengan adanya sokongan sebeg

Terkini Nota Suara Aku

Assalammualaikum... Baru ada peluang tuk post entry baru, rasa sedih sebab jarang entry atas kekurangan facility di sini, bukan apa, tapi keadaan cc yg kebanyakannya sibuk dan bising dgn budak2 yg main game mendatangkan ketidakselesaan dan meninggalkan mood utk buat entry. Ni baru dpt satu tempat yg sunyi dari bunyi bising. Kemarin store aku baru abis stocktake yg memenatkan tapi keputusan yg diperolehi bole dikatakan baik bagi store baru dan pertama kali stocktake...mungkin org yg xkeja retail xtau, jd xpaya xplen sbb xpenting pun. Bila penat kerja, ditambah dgn stres di tempat kja, ak ambil keputusn utk bercuti dgn poket kosong....hahaha, bole ka begitu? nda bole pun kasi bole sj....awal bulan 8, aku mau pg kl jmpa kwn2 yg suda lama nda jumpa.. Bukan tu ja, ada hal lebih penting aku mau g kl...kononnya utk memujuk kwn utk balik kg slps ditinggalkan 'kwn'...kesian tu ada bila mengenang tragedi ni...adakah aku bakal jd hero spt Optimus Prime yg berhutang nyawa dgn wickwicky....