Skip to main content

DA BOMB

Cantik menarik tertarik kau memang da bomb!

Satu orang staf di ofis aku ni tiba2 menyanyi. Hebatnya penangan Ruffedge ni. Sebut perkara lirik lagu ni, aku ingat juga adik bongsu aku(wawa) mengigau di tengah malam menyanyi lagu Ahli fiqir...angguk-angguk geleng2..

sabar.sabar.sabar.sabar.sabar.

kami satu keluarga ketawa...

kawan ku pun pernah juga secara tidak sengaja menyanyi...kudaku lari gagah berani

dan perkara yang sama berulang, aku dgn kalui berpandangan sesama sendiri dan ketawa sambil menyindir.....meracau ka apa budak ni!

Tapi itu semua lumrah dalam dunia, sentiasa terfikir sesuatu bila kotak fikiran kosong. Dan kadang-kadang, tersembul di mulut tanpa sempat berfikir terlebih dahulu baik buruknya sesuatu perkara.


Semakin tinggi jawatan atau peranan dalam sesebuah organisasi, maka semakin besarlah impaknya. Contohnya, kenyataan DAP bahawa Tunku bukan hero kemerdekaan menyebabkan pemuda UMNO meracau seketika. Sebelum itu pula, apabila kerajaan ingin mewujudkan semula DEB, kemudian presiden MCA tidak bersetuju dan menyuarakan pendapatnya menentang kewujudan DEB ini, pemuda UMNO sekali lagi menjadi pengetuk gendang.

Tapi, ingatlah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Jangan kita membuang air di tempayan bila mendengar guruh di langit, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan kita merasa!

Nota Suara Aku menghadiahkan lagu Da Bomb kepada pembaca!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...