Skip to main content

CATATAN 1

Aaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Kemarin suara aku tidak mengeluarkan sebarang nota pun untuk dikongsikan bersama. Lalu aku mengambil keputusan untuk menambah dua lagi blog baru yang mempunyai tema tersendiri. Satu tu aku himpunkan rencana2 dari Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Blog ni macam simpanan data aku la untuk rujukan akan datang. Jadi nda payah la aku penat2 ,mencari lagi lepas ni. Dunia Hari Ini lebih kepada cerita yang berlaku di Malaysia, tapi kadang2 akan ada juga isu2 besar dunia dan boleh di layari melalui www.catatrujukan.blogspot.com

Blog kedua pula lebih unik sebab aku guna nama moxrenolium. Ini nama satu angin yang ada dalam badan aku yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Mungkin angin ni nda membahayakan dan mungkin juga berbahaya! Pengkisahan dalam blog ni lebih kepada peribadi aku, dari lahir sehingga lah ke masa kini. Aku akan bercerita secara episod demi episod. Bukan apa, sekadar untuk mengingatkan aku tentang pengorbanan yang mak bapa ku buat kepada ku. Banyak yang boleh diketahui tentang diri ku ini tapi semuanya hanya di www.moxrenolium.blogspot.com

Tapi bukan itu matlamat penulisan hari ini. Aku akan bercerita tentang topik panas hari ini iaitu Pilihanraya Kampus. Semalam sudah stat acara berkempen di K5. Aku saja datang dengan Kalui untuk dengar celoteh calon2 kali ini dan seperti yang dijangka manifesto yang sama disampaikan. Hanya berkisar kepada isu harga makanan di cafe, pengangkutan bas kampus, menambah buku di library dan lain2 lagi lah yang sama seperti tahun lepas dan tahun2 sebelumnya. Apa yang pasti dan aku simpulkan masih tidak mampu untuk menarik undi pelajar mengundi calon2 ini. Tidak ada yang dapat mengingatkan pengundi untuk mengundi.

Namun, calon2 dari kaum India seolah2 menguasai kempen semalam. Dua orang calon yang aku dengar dan tengok semalam seakan2 menang mudah kali ini. Penyampaian yang seperti selamba tapi mempunyai isi membolehkan mereka ini mendapat undi dari pelajar yang melihat. Pelajar Melayu pula masih tidak mempunyai keupayaan untuk menyampaikan manifesto dengan baik dan meyakinkan. Nota Suara Aku ni hanya sebagai renungan kepada kita semua.

Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau mencari pemimpin negeri,
Pertama elok kedua pandai....

Pagi tadi sepanjang jalan mau pigi tempat kerja, ada satu deretan poster 1org calon tu kiri kanan jalan. Dari mula aku keluar kolej sampai hujung pintu guard, poster nya ja yang aku nampak. Aik tiada orang lain ka. Tapi usaha ni aku hargai dan 1undi aku untuk dia!Tapi aku ragu la.....semalam aku nda nampak pun dia berkempen? Jadi aku tarik balik undi aku.....

Hari ni ada acara yang lebih menarik sebenarnya; Dinner with VC and International Students. Ini projek member praktikal ku. Tapi memang meriah juga la sebab 250 org akan datang! Semalam sudah buat rehearsal dan malam ni acara pun bermula.

Oklah, rasa macam ada gam pula mata ni. 5-6 kali menguap mungkin nda cukup tidur!Tapi apapun aku ni memang selalu nda cukup tidur. Al-maklum la hobi aku kan tidur!Aku ingat lagi ust. Azmi gelar aku Abu Nuam yang maksudnya 'bapa tidur'.
hahahahahahhahahahahaaaaaadios!

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...