Skip to main content

MERDEKA YANG DISALAH ERTIKAN

Semalam seluruh rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan tahun ke 48. Aku jalan-jalan dengan asif pigi Putrajaya rancang mau shopping!Mula-mula servay harga kasut. Semua kedai kasut aku masuk. Last-last sampai dua kasut aku beli untuk jalan-jalan dan utk pigi kerja. Tapi aku rasa jimat la biarpun membazir sebab sampai dua kasut aku beli. 2 kasut utk rm120.00. Murah kan!
Di Alamanda kemarin ada pertandingan breakdance dgn tema 'break for freedom'! Lucu aku tingok tajuk nya dengan motif game ni dibuat. Remaja sekarang lebih suka menunjuk-nunjuk yang durang ni bole juga jadi macam barat. Pusing-pusing kaki di atas kepala di bawah, tapi kagum juga sebab durang ada kemahiran. Tapi yang nda bestnya, anak dara pun ikut juga! tolong lah.kita Melayu k...and you a girl!You don't have a dignity?It's a shame! Ini bukan kemerdekaan yang sepatutnya ada pada gadis Melayu.Biarlah barat dengan budayanya, tapi kita jangan sesekali hilang budaya kita.Satu yang memang nda boleh ditukar kita tetap berdarah Melayu. Tun Fatimah dan Tun Teja menunjukkan kehebatan kepada dunia dengan mengangkat martabat bangsa Melayu sekali.

Hari ni pula, aku dimarah oleh bos pasal kesilapan yang nda aku tau pun. Angin nya aku. Tapi sabar dulu, aku tingok dulu dan biar kan nyaaa. Gunung berapi belum meletus lagi.Gunung Pendam lah katakan.Aku ni kalau sudah panas, potong markah pun potong lah. Tapi biarlah potong yang memang salah aku.
Ni ada lagi sajak untuk anak-anak merdeka!

Zaman anak bertuah

zaman ini zaman anak bertuah
buat apa pun suka suka hati
definisi anak bertuah ni selalu tak sama
suka ambil kesempatan peluang yang diberi
sebab anak bertuah tidak pernah merasa sengsara

zaman ini zaman anak bertuah
menuai padi yang di tanam orang lama
memetik buah yang dibajai orang dulu
merai pesta ditanam yang di karang orang lama
menari tarian yang dicipta bunganya orang dulu
sebab anak bertuah ini tidak pernah ingat pada sejarah

zaman ini tidak akan terus di bumi bertuah ini
bila onar mengganti akal
temberang dengan agung Melaka
percaya bertuah bumi ini akan duduk diam

sedang Rom runtuh luput dari ingatan
anak bertuah ini

jangan biar anak bertuah ini
sudahkan permainan mereka
agar bertuah tidak bosan!

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!