Skip to main content

HAK ASASI MANUSIA

Hak asasi...

Pagi tadi aku baca artikel, seorang bapa yang tidak bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Datuk Hamdan Adnan apabila tindakan melarang remaja keluar rumah selepas pukul 12 tgh malam adalah melanggar hak asasi manusia.

Timbul persoalan di sini, apakah dia hak asasi, siapa yang menciptanya, dari mana mandat diperolehi dan betulkah wujudnya 'hak asasi'...

Aku setuju dengan pendapat penulis dalam ruangan forum tu. Adakah ibubapa telah melanggar hak asasi manusia apabila melarang remaja keluar rumah selepas pukul 12 tgh malam dan asrama juga bersalah bila melarang pelajar2 asrama di larang keluar asrama?
Kadang-kadang aku hairan kenapa makin tua makin tidak pandai berfikir secara waras!Bagi aku , hak asasi ini suatu yang boleh diterima tetapi biarlah tidak sehingga menimbulkan masalah dan kesan negatif kepada umum. Seperti kes larangan keluar selepas pukul 12tgh malam, aku sangat bersetuju dan bukan hanya di Perlis yang berbuat demikian, tapi juga di sokong oleh kerajaan sepenuhnya. Cara ini dapat memberi manfaat yang sangat besar bukan sahaja kepada diri remaja itu sendiri malah keluarga hinggalah kepada masyarakat. InsyaAllah dengan tindakan seperti ini, kita dapat mengatasi masalah kenakalan remaja dan kanak2 yang semakin menjadi2 dan tidak terkawal.
Hanya kerajaan negeri Perlis sahaja yang mengambil pendekatan sedemikian, sedangkan masalah remaja berkeliaran di tengah2 malam berlaku di mana2 negeri pun. Kita hanya mampu, membutakan mata, memekakkan telinga, membisukan mulut mendiamkan diri sedang remaja semakin terbiar. Aku tahu ini perkara biasa di Malaysia ni, selagi belum terantuk selagi itulah kita mendiamkan diri. Kita percaya mencegah lebih baik dari mengubat, tapi kita sengaja kerana malang kan tidak berbau!
Aku berharap, kerajaan tidak hanya menumpukan masalah sosial di kalangan remaja hanya di negeri, tetapi juga tidak mengabaikan remaja di kampung2 kecil yang kian terpinggir. Kita seolah-olah, hanya menumpukan aspek pembinaan dan pemanatapan sahsiah remaja bandar sahaja, sedangkan remaja di daerah2 kecil juga sebahagian warga ktia. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..
Firman Allah yang maksudnya ' Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya'...
Moga2 kita mendapat manfaat dari nota suaru aku untuk hari ini.......cau cin cau

Comments

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...