Skip to main content

KECELARUAN MENTALITI MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA

Taufan, ribut atau macam-macam ‘bencana alam’ semakin banyak berlaku di seluruh dunia. Pelbagai reaksi yang dapat kita perhatikan dari pemimpin-pemimpin dunia, pakar-pakar kaji bumi, intelek negara hinggala kepada rakyat awam yang mempunyai pengetahuan yang cetek. Aku melihat dari perspektif orang awam yang mempunyai pengetahuan yang cetek, kita mendapat berita dari seluruh dunia melalui laporan media. Namun, aku sedih kerana liputan ini hanya tertumpu kepada tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai sahaja dan selalunya tumpuan sebegini akan mendapat publisiti yang besar! Ini termasuklah bantuan ‘ikhlas’ kononnya.

Bukan untuk mempertikaikan bantuan Mercy, tetapi kita lihat apakah bantuan yang diberikan oleh Mercy ini kepada mangsa bencana alam di Sabah dan Pahang atau negeri pantai timur ini. Dalam negara pun, kita mengambil masa yang lama untuk mengumpul sekarelawan, membantu mangsa dan menghulurkan dana sumbangan. Sedangkan apabila berlaku tsunami di Acheh, tempoh hari, Mercy dan bantuan dari Malaysia adalah bantuan yang pertama tiba. Jangan berikan alasan tidak ada dana atau tidak ada sukarelawan. Mungkin wujud udang di sebalik batu atau pun pepatah sambil menyelam minum air ini sesuai dilabelkan kepada pasukan penyelamat kita!

Jangan terus meninggikan suara atau naik angin, kerana ini hanya datang dari Nota Suara Aku. Sebagaimana yang aku katakan di awal tadi, aku menulis dari kaca mata aku sebagai orang awam yang mempunyai pengetahuan yang cetek.

Aku menyatakan kesedihan dan rasa hampa kerana aku adalah bumiputera Sabah yang tidak mendapat perhatian dari kerajaan pusat. Mungkin ada, tapi aku tidak pernah mendengar lagi pembelaan yang dilakukan oleh mereka. Kalau adapun nisbah bantuan boleh dihitung dengan jari. Jauh panggang dari api, jauh takdir dari mimpi kalau aku katakan bantuan apalagi pembangunan di daerah-daerah terpencil seperti Kinabantangan atau Beluran. Dengar nama pun pelik kan!


Tidak hairanlah apabila paparan rancangan realiti amal Bersamamu, tentang keluarga yang makan siput babi maka Dewan Rakyat bergoncang dan menghentam Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ringankan tangan hulurkan bantuan menjadi popular dalam sekelip mata.

Masyarakat Malaysia seharusnya mengambil iktibar setiap yang berlaku di sekeliling, jangan hanya tinggal dan kita sandarkan pada kenangan kerana sejarah mungkin berulang!

Comments

Anonymous said…
Primary election to be held tomorrow
Document: Spokane County notice of primary election Voters in some parts of Washington head for the polls Tuesday and others some other parts need to head for the post office, for primary races.
This is truly a great blog! I will bookmark you..

I have a work from home site. It pretty much covers work from home related stuff.

Come and check it out if you get time :-)

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!