Skip to main content

PICNIC DI SG GABAI

Yahooooooooo!
bestnya hari ni, dapat pigi picnic dengan satu floor di sg. gabai.
7.15pagi
proses membangunkan member2 dan persiapan dengan segala peralatan macam tuala, seluar mandi, dan duit sikit.

8.45pagi
berkumpul di Petronas dan mula bergerak ke tempat yang dituju. Seramai 16 orang ja yang pigi sebab yang nda dapat pigi atas sbb yang tidak dapat dielakkan.

10.00pagi
tiba di tempat dituju,tapi kena tunggu konvoi bermotor lagi....durang belum sampai la!
kira2 jam 10.30 baru sampai dan bermulalah perjalanan kami ke tempat yang difikirkan sesuai. Kami naik tangga. Punyala tinggi hampir nda larat aku naik... Tapi usaha gigih kami terbayar dengan suasana yang cantik, ada air terjun!

11.00pagi
bermula la acara dengan menggelongsor di air terjun tu dengan sepuas-puasnya! Lepas tu kami main 'war game' guna tepung ja. habis game, sambung balik mandi2 sampai terasa lapar. Kami pun makan la nasi goreng kampung yang di order tadi pagi di cafe kolej! Kenyang!....

12.30
acara mandi disambung semula lagi. Kali ni kami cari port yang lebih seronok. Kami duduk di tempat limpahan air terjun yang deras! Nikmat nya mandi di bawah air yang deras. Sebelum ni, aku nda pernah mandi air terjun. Lepas tu try2 la pula bertapa di atas batu di bawah limpahan air terjun! ada sajak pendek untuk menggambarkan pengalaman bertapa aku:

Bertapa,
betapa sejuknya air ini
yang ku fikirkan selama ni
tidak mencabar kepada petapa2

Bertapa,
betapa tekun dan tekadnya
semua petapa2 ini
yang selama ni mampu memusatkan
noktah fikir ke satu tujuan
yang cukup dalam

Bertapa,
betapa mereka ni sungguh bertuah,
dikurniakan kelebihan untuk bertapa,
di saat orang lain asyik dan leka,
curang dengan janji sendiri!

2.00petang
Kami pun bersiap2 la mau balik kolej. Ku tutup pengalaman ni yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit dengan membandingkan picnic yang aku buat dengan fendy, hamzah dan farhan di sg.? yang aku nda ingat lagi namanya tapi tahun lepas la.

Best nya, dan yang nda kan aku lupa , kawan aku yang satu orang tu lemas, nasib baik ada aku menjadi penyelamat nya. Kalau nda, apa mau cakap sama mama bapa dia! Aku juga yang susah!

Okla, Chelsea menang lagi kali ni biarpun bolos 1gol. Takziah pula MU kalah dengan Blackburn di tempat sendiri pula tu!kih kih kih!Arsenal seri !

Nota Suara Aku berhenti di sini...Mau bercerita pula tentang hari ni sebagai Hari Jantung Sedunia, tapi malam sudah larut....buah pikiran ku pun sudah surut, terasa sakit2 badan mau di urut, nanti yang aku tulis semua mengarut!cau cin cau........

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!