Skip to main content

MALAYSIAN IDOL2 DAN IDENTITI

Malam ni Nita akan berlawan dengan Daniel untuk MI2. Aku dari awal lagi memilih Nita untuk menjadi idola kali ini. Walaupun Nita kata, dia nda bole nyanyi pelbagai lagu, tapi itu nda menjadi masalah bagi aku. Tidak semestinya dia nda bole menjadi idola malam ni! Kebanyakan komposer hari ni, ingin mencari artis yang sempurna untuk dijadikan aset. Ini lah modal diorang untuk mengutuk peserta2 realiti TV macam MI dan AF ni. Aku tidak setuju sama sekali. Yang penting sekali bagi aku ialah personaliti dan identiti mereka. Nita ada personaliti yang menarik dan 'cute'. Begitu juga dengan Faizull rock orang kampung dan juga bandar ni. Aku tengok dan perhatikan, apabila seseorang itu cuba untuk menyanyikan pelbagai lagu sedangkan tidak mempunyai keupayaan, ini bukan artis yang mempunyai identiti dan personaliti tetapi hanya mengikut trend terkini.
Sebenarnya, aku mau kaitkan cerita hari ni dengan personaliti unggul yang kita cari sebagai jati diri generasi muda hari ni. Kita tidak ada satu garis panduan yang jelas untuk membina generasi unggul. Aku ingin petik ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi:
"Pembangunan modal insan menjadi sangat penting kepada negara pada masa depan dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran....tetapi juga dari segi nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan"
Maaf, jika aku katakan 'tak tahu' apa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri, tapi biarlah ada gerakan untuk membangunkan modal insan ini dari pihak pembuat dasar hinggalah kepada pelaksana. Sekarang ini, terlalu banyak masalah yang timbul tetapi operasi pembersihan atau usaha membanteras masih menemui jalan buntu. Aku sentiasa menyokong usaha membanteras ni tetapi biarlah jangan 'hangat-hangat tahi ayam' semata. Perlu ada keberterusan dari pihak2 yang terlibat, jangan jadi pahat dengan penukul sekali diketuk sekali juga lah masuk. Itu yang generasi pahat ni ada apabila rumah siap pahat masih berbunyi!
Moga-moga Nota Suara Aku hari ini, ada iktibarnya jangan tunggu matahari esok terbit untuk menerangi kehidupan generasi yang bertenggek di dahan menunggu ada benih tercicir dari paruh burung yang lalu membawa makanan. Adiosssssssss

Comments

Anonymous said…
'Accessibility-ready' MacJournal 3.2 ships
Minneapolis, Minn.-based Mariner Software Inc. on Thursday announced the release of MacJournal v3.2 , a new version of their personal journaling software for Mac OS X. The new version uses the accessibility API ...
Would you be interested in how your blog could earn a substantial income for you? Visit blog software for a FREE 5 day course on blogs & RSS feeds.

Popular posts from this blog

Reviu Filem Dangal (Penggusti)

Kali ini saya akan bercerita mengenai Reviu Filem Dangal (Penggusti) arahan Aamir Khan dengan kerjasaman Disney Studio. Seperti biasa, Aamir Khan berada di kelasnya tersendiri dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti seperti Three Idiots, PK, Ghajini dan Taare Zamen Par. Kali ini kisah benar yang diterjemahkan kepada sebuah Filem Dangal. Saya suka setiap kali menonton filem, akan menggali moral dan nasihat dalam filem-filem ini. Saya bukan sekadar menonton suka-suka mengisi masa lapang. Lebih daripada itu, saya lebih suka untuk mencari intipati sesebuah filem itu dihasilkan. Sebab itu juga mungkin saya kurang menonton filem melayu kerana sukar untuk mendapatkan motivasi dan moralnya. Berbalik kepada cerita Dangal ini, Sebuah kisah benar mengenai dua adik beradik perempuan yang dilatih oleh ayah mereka untuk menjadi penggusti wanita. Seorang ayah yang tidak kisah apa orang kata mengenai dia dan keluarganya kerana dia tahu MATLAMAT nya. Seorang isteri dan ibu ya...

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...