Skip to main content

BERSYUKUR ATAS NI'MAT ALLAH

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mengalahkan kaloi atau fbmk. Sedih sebab kaloi terpaksa mencari teamate lepas 3 ahli grup asal menarik diri di saat-saat akhir, akhirnya durang nda kuat malam tu. Kalou sorang ja yang berjaya mempengaruhi juri tapi disebabkan tim kami konsisten, kami menang!. Aku sedih juga sebab aku terpaksa mengalahkan fakulti ku sendiri biarpun tahun lalu aku dengan kaloi dan k-rul menjadi juara debat kemerdekaan untuk 2tahun berturut-turut.

Kemarin, bila jiha sms cakap dia nda bole wakil, aku macam redha ja. Terpaksa la aku mengajar junior2 berdebat. Mungkin nilah ujian dari Allah kepada hamba-Nya. Alhamdulillah, fbmk tidak menghantar pasukan terkuat nya semalam.

Aku baru buka tadi blog klinikminda, kemudian rujuk blog azhan pula. Jadi aku juga mau memberikan pendapat aku sendiri lah. Aku rasa ni ada kaitan dengan syukur sebenarnya. Blog bagi aku adalah satu alternatif mudah bagi individu yang ingin meluahkan pendapat tanpa menunggu masa yang lama untuk di paparkan. Cuba lihat mekanisme lama macam artikel atau komen pembaca di suratkhabar2. Apa yang berlaku mungkin ramai pembaca yang menghantar surat bagi memberi respon, tetapi hanya satu halaman yang mampu disediakan oleh pihak akhbar. Kemudian terpaksa mengambil masa pula untuk edit tulisan2 yang dihantar pula. Maka pembaca sendiri kurang tertarik untuk menghantar lebih banyak artikel untuk dikongsi kan bersama. Dengan izin Allah, diberikan pula kita peluang untuk membuat blog sendiri dengan harapan kita dapat berkongsi apa yang ingin kita kongsikan kepada orang lain di sekeliling kita. Tetapi tidak lah sampai kita mengeluarkan artikel berbau perkauman kerana ini hanya akan mendatangkan keburukan kepada kita khususnya kepada blogger itu sendiri. Keadaan ini mungkin menyebabkan kita akan disekat untuk mengeluarkan pendapat kita sendiri. Senang ceritanya, Allah menarik semula kemudahan yang diberikan kepada kita kerana tidak mensyukuri ni'mat Nya. Apalagi macam aku ni, yang baru sebulan dua atau 'setahun jagung' dalam arena blog ni.

Ada 15 hari sahaja lagi! Nampaknya selepas ni, mandi sehari 1kali la kita yang di Lembah Klang ni. Kerajaan akan membuat catuan sebab air di empangan sekarang berada di tahap yang membimbangkan. Kenapa ini harus terjadi? Persoalan ni senang untuk dijawab kerana sedar tidak sedar, kita sendiri yang mencipta soalan ni dan jawapan ada di tangan kita sendiri juga. Kita menggunakan air tanpa memikirkan di masa akan datang. Cuba perhatikan, pili air di rumah atau di kolej mahupun di ofis2 tempat kerja. Kadang2 kita tidak tutup dengan sempurna dan membiarkan air menitis demi setitis, sedang memberus gigi, air dibiarkan terbuka begitu sahaja. Masalah inilah yang membawa kepada kemudaratan kita semua. Mentaliti masyarakat Malaysia sedang tenat sebab kita terlupa masa susah. Walaupun kita solat setiap hari, namun ada juga masa2 tertentu yang kita lupa untuk bersyukur.
Nota Suara Aku hanya sekadar mengingatkan kepada semua pelawat2 sebelum nasi menjadi bubur, beringat sebelum kena bersyukur atas ni'mat Allah kepada kita semua.

Comments

assalammualikum

nice blog. feel good is it to let it all out?
Anonymous said…
In search of gold at 45 revolutions per minute
I had six records growing up. Some were hand-me-downs from my brothers, a few were cast-offs from ... posted by Susan Forman on 9/20/2005 0 Comments: Post a Comment MidPoint Blog Our very own Kari Wethington will be blogging about the MidPoint Music Festival all weekend.
Would you be interested in how your blog could earn a substantial income for you? Visit blog software for a FREE 5 day course on blogs & RSS feeds.

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!