Skip to main content

SURE HEBOH

Semalam aku pigi sure heboh dengan roomate ku dengan membernya. Bestnya dapat jumpa artis2 dari dekat. Dapat jumpa Pija, Nabil, FO3, Azza Elite dan ramai lagi lah. Banyak boot yang menawarkan harga istimewa setiap barangan2 yang dijual. Aku sempat beli swissroll lonbisco. Sedapnya...Buku pun aku mau beli juga tapi duit bawa sikit ja.
Aku juga mau bagi pandangan terhadap perngunjung2 yang datang. Bakal2 YB kita masa hadapan paling membimbangkan. Rasa macam bukan di Malaysia ja. Pakai baju serba hitam dengan tulisan hampeh dan menyakitkan mata. Perempuan pula pakai baju sendat nampak pusat dan seluar dalam!(mau tulis pun malu ni). Inikah fesyen terkini? Kenapa durang nda bole pikir sendiri faedah dan mudaratnya fesyen ni! Sudah la pakai begitu, bila ada lelaki tingok, malu pula dan 'boyfriend'nya marah! hahahahaahhahahaha alang-alang baitu.
Lepas tu masalah sampah memang nda akan pernah selesai. Biarpun ada boot kitar semula, tapi masih gagal memupuk sifat kebersihan dalam diri masyarakat. Bukan masalah tong sampah kurang atau jauh, tapi mentaliti ini memang nda pernah berubah. Apa salahnya dikumpulkan di satu sudut, masalah teda tong sampah perkara kedua.
Ketiga, biarpun harga minyak naik, tol naik, namun harga jualan masih mampu diturunkan oleh penjual. Adakah ini strategi atau sekadar mau habiskan stok! Pembeli pula macam terpesona dengan harga yang ditawarkan terus membeli tanpa menghiraukan bajet. Sebab leka, aku kesian nampak budak2 kecil menangis tercicir dari ibubapanya. Entah dapat jumpa balik ka nda, itu aku kurang pasti.
Aku pigi Sure Heboh dengan niat dan harapan untuk memerhatikan gelagat masyarakat Malaysia. KEsimpulannya, aku rasa Malaysia tidak akan dapat terus bertahan dengan cara masyarakat hari ini. Bukan untuk merendah-rendahkan, tapi ini hakikat yang perlu untuk ditelan.
Semalam juga, junior aku ada call. Terharu nya aku, ada masalah studi rujuk aku. Bilangnya, tension sebab studi nda juga paham2 dengan rumus dan teori yang dibaca. Minta pendapat aku macamana mau selesaikan, aku pun ketawa la. Aku bukan mahir pun dalam hal2 macam ni, bidang pengkhususan aku pun nda menjangkau aspek ini. Tapi aku cadangkan jumpa la cewek dan besosial la tapi jangan melebih2 pula.
Hari ini, pagi2 lagi sudah ada kerja untuk Public Lecture pasal 'emerging diseases'. Maka sibuk la aku sampai saat ini baru ada masa tulis nota suara aku. Kakakku pula hari ni ada ujian bertulis untuk jawatan di UMS. Mudah-mudahan dia berjaya la.Teda yang menarik pun setakat hari ini. Aku sambung esok pula k. Selamat BErhari Isnin.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Raya Hari Yang Mulia

Hari Raya Hari Yang Mulia.... macam lirik lagu la pula kan. . . . Nampaknya ramai sudah yang membeli baju raya walaupun Puasa pun belum. Tidak kurang juga ramai sudah yang mula mencari penawar untuk dapatkan kulit cantik masa hari raya nanti. . . . Ada yang risau parut di muka tidak hilang sebab raya tahun ni hendak berkunjung ke rumah bakal mertua. Mesti stress mampukah hilang dalam sekelip mata atau waktu yang singkat ni. . . . Namun berhati-hati dalam memilih suplemen untuk menghilangkan parut jerawat. Jangan pilih yang murah dan cepat kesannya tanpa melihat bahan, ramuan dan kandungannya. Paling senang lihat saja yang mendapat kelulusan KKM. . . . Hendak saya berikan cadangan yang selamat, berkesan dan terbukti selama berpuluh tahun? . . . Baiklah, bro cuba! . . . Sesiapa yang ada parut jerawat tu tapi dibawah bajet, ditambah lagi dengan waktu sekarang ni waktu tengah bulan kan, bro cadangkan untuk ambil Vitamin E Shaklee. . . . Memang best untuk pudarka...

Aku Terima Nikahnya

Alhamdulillah akhirnya aku menjadi suami orang juga...terdapat pelbagai ujian melanda selama menyelesaikan majlis ini... aku berdoa agar menjadi seorang suami solehah dan dapat membimbing isteri ke jalan Allah s.w.t. Aku bercuti selama 2 minggu untuk menyelesaikan segala persiapan yang belum lagi disiapkan. bukan mudah untuk menyediakan kelengkapan perkahwinan. aku betul2 respect dengan bapa dan adik-beradik bapa yang sentiasa berganding bahu untuk menyempurnakan majlis ini. susah senang dihadapi bersama. tidak pernah mengeluh atau tidak pernah jemu membantu. ni baru la contoh berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Buat adik-beradik yang sentiasa membantu dan menyokong dari belakang, samada secara langsung atau tidak langsung terima kasih diucapkan. air dicincang takkan putus. kini, aku mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, bukan sahaja untuk menyara isteri tetapi juga membimbingnya ke jalan yang diredhai. Majlis perkahwinan berlangsung pada 8hb April yang lepas, pengalama...

Nota Suara Aku Is BACK!

Alhamdulillah. Saya mau kasitau ja ni NSA is Back!!! Rindu dan rasa sayang tinggalkan Blog NSA ni lama bersawang. Bukan sebab apapun, saya fokus betul dengan blog yang bercerita tentang kesihatan. Bukan Doktor atau Pakar Nutrisi ya! Blog Jom Sehat Sekaki tu kongsi info-info kesihatan kepada semua. Hendak tahu lebih lanjut? Lawatlah ya. Saya adalah Pengedar Shaklee Sabah sejak tahun 2013. Jika anda berada di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau , WP Labuan, saya menyediakan penghantaran melalui kiriman bas ekspress. Jika anda berada di Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, kiriman juga boleh di buat melalui GDEX.  InsyaAllah kiriman anda akan sampai dalam sehari atau dua hari sahaja!