belakang NSA berubah warna dari biru gelap kepada hitam. pada mulanya aku tukar warna putih, namun warna putih akan menenggelamkan warna catatan yang aku tukar sebelum membuat catatan... akhir nya warna hitam menjadi pilihan terakhir.. mungkin kah warna hitam akan mewakili prisma pandangan aku yang selama ini dihiasi dengan kebaikan dan ketulusan...esok seluruh dunia akan beralih kepada satu lagi tahun yang di ramal mencabar... 2009 banyak perkara yang berlaku di tahun 2008, walaupun begitu, aku masih tertinggal dengan deretan benda yang hanya menjadi impian di tahun 08 ni... dan mungkin akan dilaksanakan dan dicapai untuk tahun 2009. Benda paling penting berlaku di tahun ni, aku mendapat kerja yang baru pada 15Julai2008 (tarikh yang penting dan begitu bersejarah dalam hidup aku, kerana ini adalah tarikh lahir perempuan yang berjaya menarik perhatian ku tahun 1997 dan aku gagal memilikinya) sampai ke hari ini, aku masih menyimpan namanya jauh di dalam tepi2 hati ku... jiwang sikit! man...
Bercakap dgn nota lebih mudah didengar dan difaham.